Imam Al-Ghazali RA menukilkan dalam kitabnya Asrar Khalqi Makhluq dalam bab RAHSIA DICIPTAKAN API
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Maka
terangkanlah kepada-Ku tentang api yang kau nyalakan (dari
gesek-gesekan kayu). Kamukah yang menjadikan pohon kayu itu atau Kamikah
yang menjadikannya? Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan bahan
yang berguna bagi musafir di padang pasir. Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Maha Besar” (Surah al-Waqi’ah: 71-74)………………..m/s 32
Dan nukil beliau lagi
Antara
manfaatnya adalah untuk memasak makanan dan minuman, yang seandainya
tanpa api, maka makanan dan minuman tidak boleh dimasak dan tidak boleh
diadunkan dengan baik. Malahan boleh jadi pencernaan makanan
tidak menyihatkan. Kerana itu perhatikanlah pengaturan Pencipta Yang
Maha Suci dalam hal yang penting ini. Kemudian perhatikan pula keperluan
manusia kepada emas, perak, tembaga, besi, timah dan lain-lainnya.
Seandainya tidak ada api, maka benda-benda tersebut tidak ada
manfaatnya. Tembaga misalnya, ia dapat dicairkan dengan menggunakan api,
kemudian dapat dibuat pelbagai jenis bekas dan lainnya. Allah SWT telah
memberikan peringatan berkaitan benda-benda tersebut, bahawa ia
merupakan kenikmatan yang wajib disyukuri. Dalam hal ini Allah SWT telah
berfirman yang maksudnya:
“Bekerjalah wahai keluarga Daud, untuk bersyukur (kepada Allah)” (Surah Saba’: 13)
Dengan
api juga besi boleh dilembutkan. Kemudian umat manusia boleh membuat
pelbagai kemanfaatn dan peralatan-peralatan untuk perang, seperti baju
besi, pedang dan sebagainya. Dalam hal ini Allah SWT telah mengingatkan
dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia” (Surah al-Hadid: 25)
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“Untuk memelihara kamu dalam peperangan kamu, maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)” (Surah al-Anbiya’: 80)
Dengan
besi dapat dibuat pelbagai peralatan untuk membajak, mengetam padi,
alat-alat untuk memalu, alat-alat untuk menembus dan menebuk gunung,
alat-alat untuk tukang kayu, dan sebagainya yang cukup banyak jumlahnya.
Seandainya tidak ada peraturan Allah SWT dengan menciptakan api, sudah
tentu kemanfaatan-kemanfaatn tersebut tidak boleh dicapai. Seandainya
tidak ada api, maka emas dan perak tidak dapat dijadikan mata wang,
tidak boleh dibuat perhiasan, dan tidak ada manfaatnya. Permata itu
semua hanya akan dianggap termasuk dalam kelompok tanah liat dan
debu.………………m/s 33-34
dALAM HAL MENYANAI BATU PERMATA....
Jika batu asli, maka
1. Agak lembut
2. Mengeluarkan percikkan api
Jika batu buatan, maka
1. Agak keras
2. Tidak mengeluarkan percikkan api
Apabila
ditanya kepada para penjual batu permata atau pembuat cincin, “Siapakah
orang yang pakar dalam mengetahui keaslian batu-batu permata, sama ada
buatan atau asli?” jawab mereka, “Para penyanai batu permata”
WALLAHU'ALAM.
No comments:
Post a Comment